Sekapur Sireh...

KOPERASI USAHAWAN KOMPLIMENTARI MUSLIM JOHOR BERHAD (KUSKOM) telah didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada 18 April 2008 melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Johor dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi dan amalan kehidupan anggota-anggotanya berdasarkan praktisi islamik, bersumberkan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

KUSKOM merupakan koperasi pertama yang ditubuhkan di bawah kelolaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sejak diserapkan dari Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) pada awal tahun 2008. Seluruh Ahli Lembaga Koperasi dan anggota-anggota KUSKOM mempunyai satu inspirasi yang tinggi dalam merencanakan sebarang aktiviti yang berpotensi kepada anggotanya seterusnya memberi kesan yang maksimum kepada masyarakat sekeliling.

KUSKOM sangat berkait rapat dengan Rawatan dan Pembangunan Komplimentari Insaniah yang mana matlamat utama penubuhan KUSKOM adalah untuk memperjuangkan Rawatan Perubatan Komplimentari yang telah diasaskan oleh Dr. Norhissam Mustafa sejak awal tahun 2006. Beliau mempunyai Pusat Rawatan dan Perundingan di Taman Teratai, Kangkar Pulai, Johor.

Setelah 3 tahun beroperasi, seramai lebih dari 3000 orang telah mendapat manfaat daripada rawatan perubatan dan perundingan yang telah ditawarkan. Sambutan bukan sahaja terdiri daripada golongan elit, korporat, usahawan, kakitangan awam dan swasta malah, ada juga yang datang daripada golongan berpendapatan rendah. Memandangkan manfaat yang perlu dikongsi bersama maka, tercetusnya idea untuk menubuhkan sebuah organisasi dalam bentuk koperasi bagi mewujudkan satu komuniti yang bukan sekadar mendapatkan rawatan semata-mata malah, boleh mengambil banyak peluang daripada sistem koperasi yang telah ditubuhkan ini. Justeru, melalui penubuhan ini, KUSKOM berhasrat melahirkan lebih ramai lagi ahli, perawat/pengamal yang pakar dalam bidang rawatan komplimentari seterusnya dapat membentuk satu jalinan ke arah keusahawanan yang mempraktikkan keilmuan Islam.

Sehingga 31 Disember 2009, KUSKOM telah mempunyai 98 orang ahli bersaham yang terdiri daripada Perunding Profesional RK-i, Pengamal Profesional RK-i dan Pengamal Pelatih RK-i. Perancangan jangka pendek KUSKOM adalah menumpukan kepada program Penyelidikan dan Pembangunan yang dijangkakan akan mengambil masa 3 tahun pertama penubuhan. Sehingga kini KUSKOM telah mempunyai 18 produk komersial yang mula dipasarkan mulai Disember 2008 merangkumi formulasi rawatan, makanan kesihatan dan penjagaan diri. Kesemua produk keluaran KUSKOM merupakan hasil penyelidikan Makmal Islamik Bio-Energiologi (MIBE). KUSKOM begitu optimis dengan pelan jangka panjang yang bakal menjadi pengerak utama di Malaysia khususnya dalam bidang Rawatan Komplimentari Islam dan Pengeluaran Makanan Kesihatan Islam terunggul.



KRONOLOGI PENUBUHAN KOPERASI USAHAWAN KOMPLIMENTARI MUSLIM JOHOR BERHAD (KUSKOM)

April 2001
  • Dr.Norhissam memulakan kajian dan penelitian dalam bidang rawatan komplimentari dan alternatif
Jan 2004
  • Dr. Norhissam memulakan rawatan/aplikasi percubaan kepada saudara/kenalan berdasarkan permintaan semasa.
Jun 2004
  • Membuka Pusat Rawatan dan memulakan rawatan kepada orang awam secara khusus di Taman Sri Pulai, Skudai, Johor
Mei 2005
  • Berdasarkan permintaan yang menggalakkan, pusat rawatan sedia ada tidak mampu menampung keperluan semasa, Satu Pusat Rawatan baru telah mula dibangunkan di Taman Teratai, Skudai, Johor yang bakal mempunyai 1 bilik Perundingan/Rawatan, 1 Bilik Formulasi, 1 Makmal Islamik Bio-Energiologi, 1 Bilik Terapi Hidro, 2 bilik wad sementara, 1 bilik kuliah dan ruang pejabat.
Dis 2005
  • Pusat Rawatan telah berpindah sepenuhnya ke Pusat Rawatan Baru di Taman Teratai, Skudai, Johor.
  • 4 orang kumpulan pertama pelatih telah diambil untuk menjalani latihan penuh dalam bidang rawatan perubatan komplimentari/alternatif di pusat rawatan baru ini.
  • Secara rasminya Makmal Islamik Bio-Energiologi (MIBE) milik Dr. Norhissam mula beroperasi setelah “Infrasonic Radionic Beamer” hasil rekaannya telah mula boleh digunakan secara sepenuhnya. Kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan Formulasi telah dimulakan, dimana pada masa ini penumpuan kepada bahan pembawa (“carrier material”) yang boleh dipadankan dengan tenaga asal keseimbangan sistem tubuh manusia.
Okt 2006
  • Hampir setahun Pusat Rawatan baru beroperasi, berdasarkan kepada rekod semasa 783 orang telah menjalani rawatan di pusat ini yang terdiri daripada perbagai masalah kesihatan, menariknya melebihi 70% daripada mereka direkodkan mendapat manafaat penyembuhan yang amat memberansangkan.
  • Dr. Norhissam mula mengadakan kuliah-kuliah umum untuk para pesakit dan orang awam berkenaan dengan rawatan komplimentari/alternatif.
Jan 2007
  • Secara rasminya, pengambilan kumpulan pertama seramai 25 orang yang terdiri daripada pesakit dan orang awam yang berminat dalam bidang rawatan perubatan komplimentari/alternatif untuk menjalani latihan berkala khas bersama Dr. Norhissam, sebahagian besar mereka adalah merupakan penggerak utama KUSKOM pada masa ini
Julai 2007
  • Semasa menyampaikan kuliah umum dan khusus, Dr. Norhissam sering meminta peserta memikirkan bagaimana dapat menyatukan mereka yang terlibat dalam bidang ini dibawah satu organisasi yang kukuh dan berstruktur dalam usaha memberikan manafaat yang lebih baik kepada keseluruhan masyarakat.
Nov 2007
  • Cadangan penubuhan koperasi telah diutarakan oleh sebahagian besar, Maka satu jawatankuasa kerja telah dibentuk untuk meneliti dan mengkaji keperluan dan kaedah penubahan yang terdiri daripada 10 orang pelatih dibawah bimbingan Dr. Norhissam pada waktu itu.
Jan 2008
  • Secara rasminya Dr. Norhissam mengumumkan konsep rawatan yang dipeloporinya ini di kenali sebagai RAWATAN KOMPLIMENTARI INSANIAH(RK-i) melalui Konsep Seni Sains Insaniah berdasarkan kepada Teknologi Islamik Bio-Energiologi.
  • Kerja-kerja penubuhan koperasi telah dimulakan oleh pihak Jawatan Kuasa Kerja.
Feb 2008
  • Mesyuarat Agung Permulaan telah diadakan, dengan ini tertubuhlah dengan rasminya, Koperasi Usahawan Komplimentari Muslim Johor Berhad (KUSKOM).
Mei 2008
  • Buat pertama kalinya di Malaysia, KUSKOM telah menganjurkan Kongres Perubatan Komplimentari Islam Peringkat Nasional bertempat di Institut Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia.
  • Pada masa ini juga buat julung kalinya pengisytiharan penubuhan Institut Perubatan Komplimentari Islam yang beroperasi secara sementara di No. 2A, Jalan Enau 2, Taman Teratai 81300 Skudai, Johor.
Dis 2008
  • Mesyuarat Lembaga telah mempersetujui rancangan usahasama dengan pihak Prokab Solutions bagi membina Loji Pandu Formulasi/Aplikasi Komersial secara BOT (Built, Operate dan Transfer) di Taman Teratai, Johor.
  • Loji Pandu Formulasi/Aplikasi Komersial KUSKOM ini ditempatkan di lot rumah kedai yang disewa di No. 31, Jalan Enau 2, Taman Teratai 81300 Skudai, Johor. (Keluasan 22’ X 70’)
Jan 2009
  • Produk Pertama, iaitu Jus Harmoni Infrasonik telah diproses sepenuhnya di Loji Pandu Formulasi/Aplikasi Komersial KUSKOM.
  • Dalam masa yang sama, usaha penyelidikan dan pembangunan produk diteruskan melalui MIBE dan Loji Pandu Formulasi/Aplikasi Komersial KUSKOM terutamanya dalam bidang Makanan Kesihatan, Dandanan Diri dan Pemerosesan Herba.
  • Penumpuan juga diberikan kepada Pembangunan Pengamal melalui pengajaran yang berterusan bagi pelajar yang mengikuti Sijil Asas Rawatan Komplimentari Insaniah (RK-i), Sijil Kemahiran Rawatan Komplimentari Insaniah (RK-i) dan Sijil Kemahiran Perubatan Kompliemntari Islam.
  • Kerja-kerja pengiklanan diteruskan secara agresif dengan pelantikan Prokab Solutions sebagai ejen tunggal pengedar Jus Harmoni Infrasonik, dimana diiklankan di Harian Metro (Nasional), satu mukasurat penuh sebanyak 5 keluaran.
Feb 2009
  • Dr. Norhissam Mustafa telah dilantik sebagai Pengerusi Padanan Strategik Usahawan Herba Koperasi Peringkat Nasional, dibawah tajaan dan seliaan Unit Promosi dan Pengembangan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Ibu Pejabat).
Jun 2009
  • Beberapa produk pra-percubaan dilancarkan sebagai usaha padanan keberkesanan dan penilaian ekonomi, antaranya Aromaterapi D-7, Aromaterapi Energi Sentuhan, Aromaterapi Booster, Aromaterapi Energi Mahkota, Susu Kambing (Kopi/Coklat), Gel Mandian dan Pembersih XY.
Dis 2009
  • KUSKOM telah berjaya menjalinkan usahasama Penyelidikan dan Pembangunan sepenuhnya dengan Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP), Universiti Teknologi Malaysia, usahasama ini adalah proses kesinambungan program penyelidikan dan pembangunan KUSKOM, dimana dalam pakej usahasama ini pihak CEPP akan membantu melatih, membimbing serta mengesahkan ujian-ujian saintifik dan analitikal yang dilaksanakan oleh para penyelidik daripada KUSKOM.
  • Langkah pertama ini dimulakan dengan seorang penyelidik KUSKOM, Siti Marhaida Mustafa, telah dipilih untuk menyambung pengajian beliau ke peringkat Sarjana Bio-Kejuruteraan berdasarkan kajian yang telah dibuat di KUSKOM, ini adalah bertujuan untuk meletakkan hasil kajian-kajian yang telah dilaksanakan di KUSKOM adalah diiktiraf oleh pihak ketiga seperti CEPP yang tidak dinafikan kewibawaannya dalam bidang bio-kejuruteraan di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.
  • Kerjasama juga melibatkan ujian-ujian keberkesanan secara saintifik bagi kesemua produk dan aplikasi yang telah dihasilkan melalui penyelidikan dan pembangunan KUSKOM.